Thursday, January 21, 2010

3rd Anniversary..

alhamdullillah.. usia perkahwinan dah menginjak thn ke 3.. upside down.. the ugly truth.. bright side.. dark side.. pendek kata 'true colur' about us... kami telah melalui dengan kebahagian dan keperitan... betul kata orang lama... 3-4 thn awal, merupakan thn mencabar!! terlalu banyak ketidaksehaluan... pertelingkahan.. ketidakpuasan hati.. tp kami berjaya mengharungi istilah 'life must go on.....'

dari segi perhubungan percintaan .. thn 2010 ni merupakan thn ke 10 kami 'bersama'... kami declare bercinta pada 16 ogos 2000... so thn ni.. telah ssedekad kami bersama.. lame jgk kan?? dr zaman lagu mylove-westlife.. ke lagu2 yg ala2 jiwang.. konon2 kena dgn perhubungan kami.. smpe la skrg.. yg xde lagu langsung!! hahahahha.. yeah.. zaman sudah berubah kan?? kadang2 kita tak perlu meluahkan segala2nya... hanya melalui tindak tanduk/ perbuatan sudah menunjukkan yg kita amat mencintai.. menyayangi seseorang.. tp kadang-kala kita selalu mengambil ringan terhdap perubahan ini.. kita mula lupakan kata2 cinta.. tiada lagi madah2 yg meruntun jiwa.. dan juga tiada apa2 yg berlaku di hari istimewa.. kehidupan harus berjalan seperti hari semalam, kelmarin dan juga seperti minggu lepas.. dan kadang-kala kita ulangi rutin tahun lepas!!!!! aku bukan mengeluh.. maupun menyesali.. ataupun rase sangat sakit hati.. ini hanya lumrah dalam perhubungan.. bukan seperti kata-kata bidalan 'habis madu sepah dibuang'... hahaha...

anyway.. utk thn ni.. aku hnya menyambut ulangtahun yg ke3 di rumah.. seperti thn lepas, dan jugak thn sebelumnya... pelik?? xla.. aku agak gembira menyambutnya thn nie.. heheh.. sbb aku berjaya masak lamb stik, pasta, fresh salad, kentang bakar, fruit cocktail.. dan akhir sekali ade CUPCAKES!!! hehehehe... yups, aku gembira sebab my dear hubby berjaya menghabiskan our 'clasic dinner' tu.. sngat romantis ok.. di hiburkan dengan gelagat AIDIL ZHARFAN.. yang suka cakap ntah ape2.. yg agak sukar kami faham.. hhmm... dan akhirnya aku menerima sekuntum bunga ros merah.. sempena anniversary kami..

' our classic dinner'

our cupie cakes..

dan aku juga sentiasa menyimpan kata2 dari hubby yg gemar menulis puisi di satu masa dulu..

kita yang mulakan..
dan kita juga yang akan mengakhirinya..
memang payah untuk kita, dalam mengharungi kehidupan ini,
tetapi syukur ke hadrat Illahi..
kerna disebabkannya kita tetap bersama..
macam-macam sudah kita lalui..
pahit, manis, tawa dalam tagisan,
murung dalam kegembiraan..
senang dalam kepayahan mencapai..
mencapai untuk mencari erti kehidupan..
kalo diingatkan kembali..
pasti mencuit seribu ketenangan..
dan hanya satu permintaan..
Ini yang lazim dipinta walaupun tidak diminta..
mari kita sesama belajar dari kesilapan yang lalu..
untuk kita bersama
mengharungi kehidupan ini
dengan lebih baik dan bermakna
dalam kehidupan mendatang...

-NORASHIDDIN-


tahun ke3

Happy Anniversary Sayang!!

~Much Love~

1 comment:

Reflisia said...

tak sangka CUPCAKES ni menemukan kita semula..neway happy 3rd anniversary