Wednesday, February 19, 2014

Mama ....

Allahuakhbar... 
Assalamualaikum.... Salam satu Malaysia.. eececeecce.. (mcm la ade yg membaca kan?)

 ini mama saya.. saya saaayangg sangat mama saya!
Hari ni saya hanya nak bercerita mengenai mama saya sahaja!

Dugaan mama saya bermula pada akhir tahun 2010 di mana mama saya telah di sahkan Pengidap Kanser Payudara Tahap Ke2.. Hanya Allah saja yg mengetahui isi hati mama, papa & kami adik beradik.. walaupun  kami sedar, peluang utk mama & kami adik beradik mengidap kanser payudara agak tinggi di sebabkan genetik..





semoga mama tabah dan kuat menghadapi segala rawatan..
kami sentiasa ada di sisi mama walau apa pun terjadi!


cuba mencari 'Sakinah'..

Dalam kesibukan mengejar duniawi, selalu alpa dengan 'makanan' kerohanian.. akibatnya, hati sering gundah gulana... selalu berdebar-debar.. selalu tak puas hati... di manakah 'sakinah'??? ketenangan dalam jiwa, ketenangan dalam kerja, ketenganan dalam perhubungan..

Misi mencari 'sakinah' tidak pernah luput.. tapi seringkali kita terlupa untuk mengamalkannya.. mengganggap 'sakinah' itu satu kebendaan yang senang di perolehi.. umpama membeli 'sakinah' di shopping mall...walaupun menghabiskan ribuan ringgit di butik2 berjenama.. namun 'sakinah' yang diimpikan masih tidak boleh di kecapi... di mana 'sakinah'?

Dalam pencarian 'sakinah', hiduplah dalam reality... walaupun realitinya kita sukar utk bernafas.. kerana segala yang berlaku dalam kehidupan telah di tentukan oleh yang maha Esa.. bersyukur sentiasa dan redha... bebanan kerja yang sentiasa bertambah dan tidak pernah surut, tanggungjawab sebagai mama dan isteri yang juga menuntut sepenuh kesabaran, juga kehidupan sebagai khalifah di bumi Allah...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku dalam mencari 'sakinah' Mu.. ketenangan di dunia dan juga di akhirat...



ketenangan berada di Tanah Haram Mu sukar di gambarkan!

Ya Allah, ko jemputlah kami sebagai tetamu Mu...

Tuesday, February 11, 2014

*&^%$#@

ish, serius sungguh tajuk kat atas yer!

Tapi itulah tajuknya.. bukan nak mengelak, bukannya nak mengeluh.. tapi itulah hakikatnya..

Apabila tugasan hakiki terpaksa di tolak ke tepi sejauh2nya bagi memberi laluan kepada pengisian data2 secara berulang-ulang...

Pengisian data secara manual, melalui beratus2 borang yang ada ISO katanya... pengisian data HRMIS yang katanya di isi oleh semua kakitangan kerajaan dah boleh di go through seemuuaannn jabatan termasuk hospital sekiranya perlukan GL.. tp still kena bawk surat bertulis / akuan kakitangan kerajaan kalo nak g hospital.. pengisan data APDM utk pelajar, kononya jugak mmg di 'centralize'kan... sepuluh kali kena hupdate! sistem SPS juga pengisan data pelajar.. kenapa perlu ada 2 sistem utk pelajar???? t- tiada alasan yg kukuh.. cikgu perlu isi sahaja... katanya... permasalahan sekarang, sistem tersebut umpama siput sedut yg enak di makan yer... nyut nyut .. nyut nyut... berpeluh2 cikgu mengisi.. akhirnya, bile dah isi.. tiada sebarang tindakan pun... yeahhh!!!! best sungguhh... PBS, SPAS?? xyah citer la... dah banyak org komen2 kan? tp itulah lumrahnya...

cikgu sekrang lebih ngadap PC/ Laptop/ TAB/IPAD dr ngadap pelajar sbb nak kejarkan tempoh pengisian data... kenapa x buat lepas sekolah?? sbb sistem umpama siput sedut yang mengganggu masa tdo di tengah malam.... pelajar buat nota, pelajar buat latihan.. cikgu ade kerja skit yer... opppsssss!!!!!!

lagipun nak ajar pelajar2 skrang terlalu byk garis panduan.. tidak kira kelas hadapan ataupun kelas belakang... yang pandai semakin pandai, yang lemah semakin lemah.. silibus perlus di habiskan supaya markah cigu pun tak terjejas! sbb cikgu pun ade markah yer... nak marah tak boleh, nak sentuh tak boleh, tak tanda buku tak boleh, nak JELING pun tak boleh.. ape yang boleh.. yerr..... mengajar penuh kasih sayang waluapun kelas dah jd pasar malam... AHmad Albab, duduk sayang... jgn bising ye anak2... hormatilah saya yg tua ni pelajar... bla bla bla...

ok.. itu saja.. back to work yer.. sbb saya agak stress!!