Friday, August 24, 2012

ehem ehem...

selepas beberapa kali pikir + postpone + pikir + postpone + tunggu + lihat model2 br... akhirnyaa keputusan telah di buat, tindakan pun di ambil... inilah hasilnya... taraaaa...


Monday, August 6, 2012

Janji ditepati...???

Dalam menghadapi kehidupan, banyak cabaran & dugaan yang perlu di lalui. Sebagai seorang anak, yang perlu memenuhi segala keperluan, memenuhi segala permintaan bagi menjaga hati dan perasaan insan yang bergelar ibu bapa.. Bila di senaraikan, pasti berjela perkara2 yang perlu kita lakukan. Hmmm... tapi tanpa disedari, ibu bapa kita tak pernah nak senaraikan perkara yang perlu mereka lakukan bagi membesarkan anak-anak. Tidak kira la, anak tunggal... anak 2 orang, 10 orang mau pun anak angkat. Apa saja yang berkaitan dengan anak-anak pasti mahukan yang terbaik. Begitu juga dengan diri ini, yang telah mempunyai 2 orang anak lelaki. Kita mahukan yang terbaik untuk membesarkan anak-anak. Dari sekecil-sekecil perkara seperti minyak telon atau minyak yuyi... hingga la ke taska / preschool mana yang perlu dipilih... Baik buruk semua di kaji. Tiada pun terlepas pandang. Persiapan raya, masuk tadika, sambut harijadi... semua kita nak buat yang terbaik. Pilihkek yang sedap, juadah yang enak-enak... memang serba serbi la kan??

Sekadar peringatan untuk diri sendiri, mampukah kita lakukan semua ini untuk ibu bapa kita??? Perasaan ini bagai dibelengu dengan perasaan bersalah. Ibu bapa kita cuma satu. tapi kita sering culas dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. kadang-kala kita mengharapkan adik beradik yang lain.. Namun hakikatnya, kita cuba lari dari menghadapi segala keperluan ibu bapa.. Terlalu banyakk kes yang dipaparkan, kisal Baitul Rahmah mengungkap seribu satu masalah dalam masyarakat kin. Ya Allah, kau jauhkanlah kami dengan sikap pentingkan diri, sifat tamak, dengki, sombong dan sebagainya..
Hidup ini sangat singkat... Allah maha mengetahui. di usia seawal 14 tahun, seorang pelajar sekolah telah menemui ajal di jalanraya, seorang sahabat kehilangan kakak berumur 29 tahun setelah di diagnos luekimia hanya 3 minggu!!! Makcik saya yang OKU sejak lahir, seorang yang dijanjikan syurga buatnya, juga telah menghembuskan nafasnya di hari Jumaat, di bulan Ramadhan.. Cantiknya, takdir yang Allah tetapkan. Ajal itu pasti, namun di rahsiakankan masanya dari kita. Papa Mama selalu kata, biarlah mama papa meninggal ketika menunaikan Umrah.. di Tanah Haram, Di Bumi Allah... Di sisi kekasih Allah.. Andai perkara ini berlaku, mampukan kami menghadapinya???? Kami sayang papa mama... kami juga sayang mak dan ayah.. tanpa mereka, tidak mungkin kami menjadi sesorang hari ini. Walaupun kami sekadar seorang guru, pegawai bank, penolong pegawai, kerani, juruteknik... tapi kami tetap anak2 papa mama & mak ayah... Ya Allah, tetapkanlah iman kami untuk terus berbakti buat kedua ibu bapa kami, ibu bapa mertua kami... Semoga janji kami sebagai seorang anak, di tepati... Amin Ya Allah...!!!!