Wednesday, February 19, 2014

cuba mencari 'Sakinah'..

Dalam kesibukan mengejar duniawi, selalu alpa dengan 'makanan' kerohanian.. akibatnya, hati sering gundah gulana... selalu berdebar-debar.. selalu tak puas hati... di manakah 'sakinah'??? ketenangan dalam jiwa, ketenangan dalam kerja, ketenganan dalam perhubungan..

Misi mencari 'sakinah' tidak pernah luput.. tapi seringkali kita terlupa untuk mengamalkannya.. mengganggap 'sakinah' itu satu kebendaan yang senang di perolehi.. umpama membeli 'sakinah' di shopping mall...walaupun menghabiskan ribuan ringgit di butik2 berjenama.. namun 'sakinah' yang diimpikan masih tidak boleh di kecapi... di mana 'sakinah'?

Dalam pencarian 'sakinah', hiduplah dalam reality... walaupun realitinya kita sukar utk bernafas.. kerana segala yang berlaku dalam kehidupan telah di tentukan oleh yang maha Esa.. bersyukur sentiasa dan redha... bebanan kerja yang sentiasa bertambah dan tidak pernah surut, tanggungjawab sebagai mama dan isteri yang juga menuntut sepenuh kesabaran, juga kehidupan sebagai khalifah di bumi Allah...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku dalam mencari 'sakinah' Mu.. ketenangan di dunia dan juga di akhirat...



ketenangan berada di Tanah Haram Mu sukar di gambarkan!

Ya Allah, ko jemputlah kami sebagai tetamu Mu...

No comments: