Saturday, October 3, 2009

27 tahun..

hari ni 2 oktober genap aku 27 tahun.. hmm... rase mcm tak percaya je dah nak dekat 30 thn.. spuluh thn yg lalu.. aku berusia 17 thn.. sedang berjuang (poyo jer) dengan SPM.. yg aku sendiri tak tau, arah tujuan hidup aku.. yg aku tau.. aku kena amik SPM supaya aku leh masuk mane2 IPTA utk sambung blaja... dan sekarang, aku telah tamat diploma pembangunan manusia, bacelor sains pembangunan manusia, serta diploma pendidikan lanjutan ijazah.. semuanya di Universiti Putra Malaysia.. sejak tahun 2000 hingga 2009 aku telah menjadi warga UPM.. dan kini aku sedang praktikal di SMK Cheras Jaya Balakong sebagai guru kemahiran hidup.. kehidupan yang tidak pernah aku jangkakan...
apa yg akan terjadi pada aku utk 10 tahun akan datang??? adakah aku akan gembira dengan kehidupan aku? semoga Allah sentiasa merahmati dan menunjukkan aku jalan yang diredhai..
semoga aku menjadi seorang isteri, ibu dan anak yng solehah buat suami, anak-anak dan mama papa serta mak dan ayah.. amin...

No comments: