Saturday, March 23, 2013

Malam Cinta Rasul....

Subhanallah... kalau la skarang ni berada di Equine mg ku bawa anak2 pgnya ke Dataran Merdeka.. punye la ramai org di sana sambil memuji kebesaran Allah S.W.T dan Rasul S.A.W.. sure selamat punye... dah sah2 pendatang x pg sana kan? pastu tempat duduk lelaki dan perempuan di asingkan! Masya Allah...

Friday, March 22, 2013

Tetamu Allah ~ Madinah Al Munawaarah

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. ~ Sumber Wikipidea

Secara jujurnya bagi kami, Kota Madinah sangat teratur dari pelbagai segi.. Boleh dilihat dari struktur binaan bangunan yang kelihatan hampir sama, pembinaan jalanraya yang sistematik dan yang paling utama ketenangan yang dirasai ketika menjejaki Tanah Madinah.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Masya Allah.. Terasa diri yang sangat kerdil ini begitu dekat dengan Rasulullah S.A.W.. 


Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Barangsiapa yang mengerjakan haji / umrah lalu ia menziarahikuselepas wafatku
 seolah-olah ia telah menziarahiku semasa hidupku"

~Masyaallah.. betapa dekatnya kami dengan Rasullullah...

Ya Tuhanku, sesungguhnya Tanah Haram ini Tanah Haram nabi Engkau Muhammad S.A.W dan Engkau telah mengharamkannya menerusi lisan nabi Engkau S.A.W, maka aku pohonkan dengan kemuliaannya jadikanlah ianya sebagai perisan bagiku daripada api neraka dan keamanan daripada perhitungan yang tidak baik pada hari kiamat.






Di bawah kubah hijau inilah terletaknya Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar







 Assalmualaika ya Rasulullah. 
Assalamu’alaika ayyuhannabiyu warahmatullahi wabarakaatuh 

 Makam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar

Kawasan di antara ruang suci dan Mimbar (Qaitbai) dikenali sebagai Taman Riadhulul Jannah iaitu Syurga. Ia kini dibezakan oleh permaidani hijau dan juga disebut sebagai Rawdah.

Perjalanan ke Raudhah bagi jemaah lelaki dan wanita berbeza. Jika dilihat dari gambar2 diatas yang diambil dengan beraninya oleh hero saya TgKudin ni.. kawasan ini khas untuk jemaah lelaki. Masa lawatan ke Raudhah tidak terhad, jemaah bebas keluar masuk mulai sebelum azan Subuh sehingga jam 12 tgh malam.. sungguh bertuah!! 

Berbeza sekali dengan jemaah wanita, yang perlu sabar menanti waktu lawatan.. Kebiasaannya jemaah akan dibahagikan kepada kumpulan.. Dan juga kebiasaanya jemaah wanita dari Asia akan di beri peluang di hujung2 waktu melawat.. setiap hari ada 2-3 sesi.. Pagi, petang dan malam... Di sarankan sekiranya anda berkumpulan, patuhi la arahan pihak polis bagi mengelakkan kita di himpit oleh jemaah yang sungguh luar biasa tenaganya dari negara2 lain...



Wednesday, March 20, 2013

Tetamu Allah ~ Part 1 * Alhamdulillah

Y Allah, pilihlah kami menjadi tetamu Mu..
sesungguhnya amat beruntunglah mereka yang dapat menjadi tetamu Mu..

Subhanallah... Allahuakhbar... bertapa cepatnya masa berlalu.. hampir setahun sejak diri ini dan suami menjadi tetamu Allah di bumi Barakah.. selama setahun juga, aku mengumpul kudrat untuk di coretkan di blog yang usang ni.. hehehehe....

Coretan kami ketika menjadi tetamu Allah
1 Mac - 13 Mac 2012


Kenangan di KLIA 
* sadis nak meninggalkan anak2.. Amirul br je setahun sebulan..
masih fully BF withour any FM..
dpt jugak la buat stok 90 paket 5oz utk Amirul.. 
tp 2 hr sblm balik, dah abis stok pulak... TT 

anak2 jemaah umrah..

chill mendgr zikir.. hahhahaha...

Alhamdulillah, selamat sampai di bumi Madinah Al Munawwarah

Tiba di hotel

sempat membeli roti dan air utk stok minum2 dlm bilik...
* time ni dah lepas isya' .. hati dan perasaan meronta-ronta nak bersembahyang di Masjid Nabawi..
tp kat Madinah, Masjid Nabawi tutup selepas kul 12 tghmalam... tp kul 4 dah bukak balik..
biasanye utk pembersihan...
bagi jemaah lelaki, kalo nak ke Raudhah better pg sebelum subuh.. dpat pegi sedekat-dekatnyer dgn makam Nabi dan para sahabat... 

kami sesudah subuh di Masji Nabawi... 

Wednesday, March 13, 2013

Our Glory Beach Resort, Port Dickson






segala pertanyaan boleh hubungi Shiddin di talian 019-3447448..

UlangTahun ke 6

2007 ~ 2013 --> Alhamdulillah, sudah berusia 6 tahun perkahwinan kami.. wpun baru 6 tahun, asam garam pahit manis berjaya di tempuhi bersama2... di usia 6 tahun ini, masih banyak liku2 yang perlu di lalui... berbeza dengan tempoh percintaan kami dulu... hahahah... yola, kecik2 dah gatal bebenor nak bercinta, seb baik la ke jinjang pelamin... muaahaahah.... thn ni, xde nyer celebrate2.. konon2 tak heran pun.. tp sebenornya nak celebrate.. cume tak berkesempatan je.. hajat di hati nak celebrate di tempat2 romanik, tp apakan daya.. PapaKudin x suka berjalan... hheemmmm..... redha je la...


memandangkan hari kejadian ialah hari weekend yg kena pg sekolah, so kami end up membakor poket Papa Kudin di TonyRomas Mid Valley... hehehehe.. toksah la tanya menu ape, mmg confirm la xtau.. main bedal je order.. maklumla, kami ini selalu makan kat gerai2 depan umah.. bile makan kat kedai ala2 omputeh ni, mmg la jakun skit yer.... meh tgk gamabr2 org jakun yer.. bak kata Papa Kudin, masuk penuh bergaya, keluar dah comot2 sebab anak duk sapu sume kat muka, baju, seluar mama papa... naseb la haii...


- meal utk mama -

- meal utk Papa Kudin -

- burger untuk Aidil Zharfan -


buah hati pengarang jantung kami untuk tahun ke 6 !!

*and again Happy 6th Anniversary Awak!!! 

Friday, August 24, 2012

ehem ehem...

selepas beberapa kali pikir + postpone + pikir + postpone + tunggu + lihat model2 br... akhirnyaa keputusan telah di buat, tindakan pun di ambil... inilah hasilnya... taraaaa...


Monday, August 6, 2012

Janji ditepati...???

Dalam menghadapi kehidupan, banyak cabaran & dugaan yang perlu di lalui. Sebagai seorang anak, yang perlu memenuhi segala keperluan, memenuhi segala permintaan bagi menjaga hati dan perasaan insan yang bergelar ibu bapa.. Bila di senaraikan, pasti berjela perkara2 yang perlu kita lakukan. Hmmm... tapi tanpa disedari, ibu bapa kita tak pernah nak senaraikan perkara yang perlu mereka lakukan bagi membesarkan anak-anak. Tidak kira la, anak tunggal... anak 2 orang, 10 orang mau pun anak angkat. Apa saja yang berkaitan dengan anak-anak pasti mahukan yang terbaik. Begitu juga dengan diri ini, yang telah mempunyai 2 orang anak lelaki. Kita mahukan yang terbaik untuk membesarkan anak-anak. Dari sekecil-sekecil perkara seperti minyak telon atau minyak yuyi... hingga la ke taska / preschool mana yang perlu dipilih... Baik buruk semua di kaji. Tiada pun terlepas pandang. Persiapan raya, masuk tadika, sambut harijadi... semua kita nak buat yang terbaik. Pilihkek yang sedap, juadah yang enak-enak... memang serba serbi la kan??

Sekadar peringatan untuk diri sendiri, mampukah kita lakukan semua ini untuk ibu bapa kita??? Perasaan ini bagai dibelengu dengan perasaan bersalah. Ibu bapa kita cuma satu. tapi kita sering culas dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. kadang-kala kita mengharapkan adik beradik yang lain.. Namun hakikatnya, kita cuba lari dari menghadapi segala keperluan ibu bapa.. Terlalu banyakk kes yang dipaparkan, kisal Baitul Rahmah mengungkap seribu satu masalah dalam masyarakat kin. Ya Allah, kau jauhkanlah kami dengan sikap pentingkan diri, sifat tamak, dengki, sombong dan sebagainya..
Hidup ini sangat singkat... Allah maha mengetahui. di usia seawal 14 tahun, seorang pelajar sekolah telah menemui ajal di jalanraya, seorang sahabat kehilangan kakak berumur 29 tahun setelah di diagnos luekimia hanya 3 minggu!!! Makcik saya yang OKU sejak lahir, seorang yang dijanjikan syurga buatnya, juga telah menghembuskan nafasnya di hari Jumaat, di bulan Ramadhan.. Cantiknya, takdir yang Allah tetapkan. Ajal itu pasti, namun di rahsiakankan masanya dari kita. Papa Mama selalu kata, biarlah mama papa meninggal ketika menunaikan Umrah.. di Tanah Haram, Di Bumi Allah... Di sisi kekasih Allah.. Andai perkara ini berlaku, mampukan kami menghadapinya???? Kami sayang papa mama... kami juga sayang mak dan ayah.. tanpa mereka, tidak mungkin kami menjadi sesorang hari ini. Walaupun kami sekadar seorang guru, pegawai bank, penolong pegawai, kerani, juruteknik... tapi kami tetap anak2 papa mama & mak ayah... Ya Allah, tetapkanlah iman kami untuk terus berbakti buat kedua ibu bapa kami, ibu bapa mertua kami... Semoga janji kami sebagai seorang anak, di tepati... Amin Ya Allah...!!!!