Secara jujurnya bagi kami, Kota Madinah sangat teratur dari pelbagai segi.. Boleh dilihat dari struktur binaan bangunan yang kelihatan hampir sama, pembinaan jalanraya yang sistematik dan yang paling utama ketenangan yang dirasai ketika menjejaki Tanah Madinah.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Masya Allah.. Terasa diri yang sangat kerdil ini begitu dekat dengan Rasulullah S.A.W..
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Barangsiapa yang mengerjakan haji / umrah lalu ia menziarahikuselepas wafatku
seolah-olah ia telah menziarahiku semasa hidupku"
~Masyaallah.. betapa dekatnya kami dengan Rasullullah...
Ya Tuhanku, sesungguhnya Tanah Haram ini Tanah Haram nabi Engkau Muhammad S.A.W dan Engkau telah mengharamkannya menerusi lisan nabi Engkau S.A.W, maka aku pohonkan dengan kemuliaannya jadikanlah ianya sebagai perisan bagiku daripada api neraka dan keamanan daripada perhitungan yang tidak baik pada hari kiamat.
Di bawah kubah hijau inilah terletaknya Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar
Assalmualaika ya Rasulullah.
Assalamu’alaika ayyuhannabiyu warahmatullahi wabarakaatuh
Makam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar
Kawasan di antara ruang suci dan Mimbar (Qaitbai) dikenali sebagai Taman Riadhulul Jannah iaitu Syurga. Ia kini dibezakan oleh permaidani hijau dan juga disebut sebagai Rawdah.
Perjalanan ke Raudhah bagi jemaah lelaki dan wanita berbeza. Jika dilihat dari gambar2 diatas yang diambil dengan beraninya oleh hero saya TgKudin ni.. kawasan ini khas untuk jemaah lelaki. Masa lawatan ke Raudhah tidak terhad, jemaah bebas keluar masuk mulai sebelum azan Subuh sehingga jam 12 tgh malam.. sungguh bertuah!!
Perjalanan ke Raudhah bagi jemaah lelaki dan wanita berbeza. Jika dilihat dari gambar2 diatas yang diambil dengan beraninya oleh hero saya TgKudin ni.. kawasan ini khas untuk jemaah lelaki. Masa lawatan ke Raudhah tidak terhad, jemaah bebas keluar masuk mulai sebelum azan Subuh sehingga jam 12 tgh malam.. sungguh bertuah!!
Berbeza sekali dengan jemaah wanita, yang perlu sabar menanti waktu lawatan.. Kebiasaannya jemaah akan dibahagikan kepada kumpulan.. Dan juga kebiasaanya jemaah wanita dari Asia akan di beri peluang di hujung2 waktu melawat.. setiap hari ada 2-3 sesi.. Pagi, petang dan malam... Di sarankan sekiranya anda berkumpulan, patuhi la arahan pihak polis bagi mengelakkan kita di himpit oleh jemaah yang sungguh luar biasa tenaganya dari negara2 lain...
No comments:
Post a Comment