Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

"تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ"

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِ. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ
Assalamualaikum Wbt.

"تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ"
"Taqabballallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini. 
سلآمت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين 
كل عام وأنتم بخير...أمين
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ikhlas,
Norashiddin Norazlan
Nur Hapizah Nasruddin
Aidil Zharfan
Amirul Zikry
Asyfa Zahira

Tuesday, May 26, 2015

Trip HongKong 2013

#Throwback hampir 2 tahun..

Plan untuk pergi HongKong mengambil masa seminggu je utk booking. Al maklumla, bila dah 3 tahun jadi cikgu dah bole keluarkan duit kwsp. Memang dasar tak boleh betul tengok duit berkepuk2. Secara kebetulan cuti sekolah bulan 5, sambil menjaga arwah mama yang sakit, sambil layan laptop, sambil tertengok www.airasia.com yang tengah promo. Duit berkepuk + Promosi yang luar biasa = Percutian HongKong..

So,
Tiket dah beli... 2 dewasa, 2 kanak-kanak dalam lingkungan bwh RM1400 utk 4 orang..

nak buat ape g HK? arrgghhhh mmg la xtau kan? 

Next, kita buat itenary sendiri la... Booking.com ngn seehongkong.com jadi pilihan..

Kat bawah ni details yang dibuat..

ITENARY HONGKONG

Day 1 - 24 November 2013 (
1.       LCCT – HK Airport (16.25- 20.25pm)
ü  pick-up iVenture Card:
- Hong Kong - Airport: Counter A8, Main Arrival Hall – Daily 7am-11.30pm
- redeem the Peak Tram & Sky Terrace offer
ü  Buy Octopus Card – HKD 150 * 2, HKD 60*1
ü  Bus to Panda’s Hostel
Ø  1 Cheong Hong Road, Chek Lap Kok, Hong Kong  (36.4 km — about 1 hour 7 mins)
Ø  Walk to Airport Passenger Terminal 1
E33Bus towards Airport (Ground Transportation Centre) Terminus
9:32am–9:33am (1 min, 1 stop)
Airport (Ground Transportation Centre) Bus Terminus
Ø  A22Bus towards Lam Tin Station
9:48am–10:16am (28 mins, 3 stops)
Service run by Citybus Limited
Chi Wo Street; Jordan Road
Ø  Walk to Kowloon Union Church
Kowloon Union Church
Ø  98DBus towards Tsim Sha Tsui East
10:25am–10:28am (3 mins, 3 stops)
Ø  Cameron Road, Tsim Sha Tsui, Hong Kong

Day 2 – 25 November 2013
1.       Rickshaw Sightseeing Bus - HK Island
Ø  Central Ferry Pier 6
Ø  MTR Central Station (Exit A)
2.       Watertours – Victoria Harbour Cruise (afternoon Cruise) – Kowloon
Ø  MTR Tsim Sha Tsui Station (exit E)
Ø  Across Star Ferry Pier
3.       Avenue of Stars
4.       Ladies Market

Day 3 – 26 November 2013
1.       Disneyland
Ø  Tsim Sha Tsui MTR Station
Ø  - Tsuen Wan Line - Tsuen Wan
Ø  - Interchange Lai King Station
Ø  - Tung Chung Line - Tung Chung
Ø  - Interchange Sunny Bay Station
Ø  - Disneyland Resort Line - Disneyland

Day 4 – 27 November 2013
1.       Peak Tram & Sky Terrace
Ø  MTR Central Station J2
2.       Madame Tussoud
3.       Ngong Ping 360
Ø  Tung Chung Station, 
4.        Citygate Outlet 

5.       HK Airport (20.50pm)


Hahahha.. siap print pastu bawak la kehulu ke hilir...

Untuk buat itenary ni, kami sesuaikan dengan keadaan kami yang bwk anak2 LELAKI AKTIF...  so x terkejar sgt nak ikut masa travel agent kalo guna agen la.. tapi, kebarangkalian utk sesat barat tu memang la tinggi... 

Banyak membaca blog orang yang g HK pun menyumbang kepada perjalanan kami...

Yang menariknya, kami purchase iVentureCard tu bole pergi beberapa tempat yang menarik di HK termasuklah Disneyland, The Peak & The Sky Terrace, NgongPing 360, Watertours Victoria Harbours, Big Bus Hong Kong dalam 1 kad dengan harga tak sampai rm1k utk 2 dewasa dan 1 kanak2.. Amirul consider free sbb br 2 tahun..

Bila dah tentukan iternary, baru la kami booking hotel.. tapi hotel kat HK ni sangat la mahal yer.. so xyah la nak bersenang lenang sgt. Asalkan sesuai utk kami 4 beranak dan ade toilet dlm bilik dah memadai... kami booking Panda's Hostel selama kami di sana.. Yang penting berdekatan dengan train station dn di tengah bandar! secara kebetulan hostel ini berhadapan dengan Masjid Kowloon.. best!  masih bole dengan suara azan wpun x kuat...

Secara keseluruhannya.. kami enjoy!!!! pada yang mencari2 camne nak g HK secara persendirian / berkumpulan tanpa tourist guard dan menggunakan konsep redah je mcm kami.. g je kat website www.seehongkong.com










Setahun berlalu..


Masih terbayang keperitan dan kesedihan itu...
Namun kuasa Allah swt tiada siapa yang mampu melawannya..
Allah sebaik2 perancang..
Allah Maha Mengetahui..
pasti ada hikmah disebaliknya..

Dia tahu kesakitan yang ditangungg mama..
Dia maha mengetahui...
Dia kasih dan sayangkan mama..
Di 'ambilnya' mama setelah kami benar2 redha dengan ketentuanNya..

Allah...
Walaupun kami sedih yang amat sangat..
Walaupun luka kehilangan itu sangat dalam..
Walaupun kesan yang ditinggalkan sangat besar..
Kami lega Ya Allah...
Terasa beban yang kami lihat di bahu mama..
Terasa kesakitan yang kami lihat ditanggung mama..
Hilang sama sekali.. Allahuakhbar...

Besar sungguh kekuasaanMu..
Kami yakin mama kini berada di tempat yang lebih baik..
Tiada lagi kesakitan yang melemaskan setiap penjuru udara
Tiada lagi mainan dunia yang sentiasa berpura2..
Tiada lagi penantian yang di tunggu tidak kunjung tiba..

Syukur Ya Allah,
Kini telah setahun 100 hari mama pergi...
Rindu ini sentiasa hadir...
Semoga mama sentiasa di berkati..
Permudahkanlan juga perjalanan kami di dunia ini..




Monday, August 12, 2013

Perjalanan Ramadhan 2013

Assalamualaikum... Salam Syawal.. 

Alhamdulillah, masih bernafas di hari Syawal ke 5... Selamat HAri Raya Aidilfitri buat semua sahabat & 8 followers saya.. kekekekekekeke... buat silent readers yg tetiba terjenguk kat blog tak terurus ni.. hhmmm kannn??? Anyway, sebulan berpuasa dah kita lalui dengan penuh kesabaran... penuh tawadduk... penuh dengan rasa cinta pada Allah, pada Rasullullah... Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan di terima oleh Nya... For me Ramadhan 2013 memberi seribu kenangan yang tidak akan di lupakan... saya cume boleh kongsi di "diary' ini sahaja... saya tak mampu nak post luahan saya di fbook or instagram! terlalu personal.. terlalu emosi.. terlalu menyentuh hati dan sanubari ini... 

Permulaan Ramadhan, kami di duga dengan kesihatan mama... Mama di diagnos dengan kanser otak! mujur masih boleh di selamatkan.. sel kanser payudara yang di hidapi sejak tahun 2011 telah merebak ke otak... walaupun mama pernah di diagnos bebas kanser pada awl tahn 2012... namun di akhir sel kanser kembali menyerang mama.... kesihatan mama merudum sejak mei 2013... mama kerap sakit kepala, tidak boleh makan, muntah selepas makan.. tidak boleh sembahyang dengan sempurnal.. tidak boleh mengaji dengan betul.... dan kemuncaknya, mama tidak kenal org sekeliling dan ti dak mampu berjalan sendiri.. MasyaAllah... mama juga pergi mengerjakan umran pada akhir bulan 6... namun, kesihatan mama semakin merosot.. mama hampir2 kena strok di Mekah... Mujur semangat mama masih kuat.. doa papa dan adik untuk mama bertahan juga mustajab di tanah suci Mekah & Madinah.. mama tidak mampu mengerjakan sebarang ibadah umrah... Ya Allah, luluh hati kami melihat mama... MAMA seorang yang sgt kuat, sgt riang, sgt komited dgn ibadah... tp akhirnya mama hanya mampu utk baring tanpa makan, minum, mandi, dan sebagainya... segalanya perlu bantuan dr suami & anak2... Air mata tak pernah kering melihat kepayahan mama.. melihat kasih sayang yang tak berbelah bagi dari papa utk mama... 24 jam di sisi mama tanpa rasa putus asa!! Melihat air mata papa yang mengalir si atas tikar sejadah mendoakan yang terbaik utk mama... Betapa kasihnya papa pada mama... Akhirnya, seminggu sebelum Ramadhan mama di bawa ke HUKM setelah menjalani CT Scan di Columbia Hospital Seremban.. Mama di refer ke HUKM setelah mendapati ada white spot di kepala.. walaupun kami mencuba rawatan alternatif, namun tidak berhasil... mujur kami tidak terlambat membawa mama ke hospital... sel tumor telah menghimpit saraf dalam otak membuatkan mama tak balance.. lebihan air di kepela membuatkan mama tidak boleh menguruskan diri sendiri... saluran darah tu pun hanya menunggu masa untuk pecah.... 

Alhamdulillah, mama masih bertahan.. 

mama juga di diagnos kanser otak... dan telah menjalani 5 kali rawatan radioterapi di HUKM semasa bulan Ramadhan.. Kesihatan mama bertambah baik... namun selepas raya ni mama perlu menjalani rawatan Kimoterapi... Ya Allah permudahkan segalanya.. kesan radioterapi telah mula nampak... rambut mama mula gugur sendiri... berat badan mama menurun sehingga 55kg berbanding 65kg semasa mama sihat.. walaupun muka mama nampak tembam sbb asik makan je... minggu kedua ramadhan mama dah keluar dr hospital.. Sinar Syawal menggamit kami adik beradik untuk beraya... kami mula teruja dengan Syawal...

Tapi Allah Maha Berkuasa... selang seminggu mama keluar dari hospital, kami di duga dengan kematian... Tak tau macamna kami nak hadapi.. adik bongsu Hubby meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan 10 hari terakhir Ramadhan! Ya Allah tak tertanggung rasanya melihat sekujur tubuh yang amat di kasihi di bilik mayat HUKM... tenang sungguh muka arwah.. tiada kesan darah, tiada calar balar yang mencacatkan tubuh arwah... arwah mengalami kecederaan dalaman, patah tangan kiri, patah peha kiri dan punca kematian di sebabkan patah tulang rusuk dan menghimpit paru2 dan jantung akibat terhentak handle motor... Perginya Azuan pada bulan Ramadhan, ada 10 hari terkahir RAmadhan, membuatkan hati kami kembali tenang.. betapa bertuanhnya Azuan... Kak Pizah doakan DAN di tempatkan di sisi kekasih Allah.. DAN tetap di hati kami... InsyaAllah, AlFatihah untuk DAN tidak akan putus.... Aidil & Amirul tetap akan ingat DAN selagi hayat di kandung badan! Terima kasih DAN diatas kasih sayang yang di berikan buat anak2 kami... Aidil Zharfan, Amirul Zikry, Izzat Danish, Qisya Damia... 

Syawal 2013 kami sambut dengan penuh sederhana.... tiada lagi riuh rendah arwah.. syahdu rasanya... Kehilangan Azuan mula terasa bagi anak2.. mereka rindukan arwah... mereka mula buat perangai mohonkan perhatian... YA Allah berilah ketabahan kepada kami terutama buat MAK dan AYAH.. kehilangan anak umpama kehilangan separuh nyawa... kalo boleh di ganti nyawa... Namun perancangan Allah tiada siapa yang tahu... pasti ada seribu hikmah di sebalik yang terjadi... AlFatihah buat Mohd Azuan...
melalui keperitan ini.. melalui perjalanan yang sungguh panjang ini.. membuatkan hubungan kami sekeluarga bertambah kukuh... membuatkan kami lebih rapat, lebih dekat dengan Allah... melalui ujian ini, en Hubby sudah mampu menjadi imam buat kami semua... melalui dugaan ini, PAPA kembali mengaji Alquran utk MAMA..Syukur YA ALLAH...semoga amalan kami berterusan.. berilah kekuatan kepada kami YA ALLAH utk terus berdamping dengan MU... 

Syawal 2013
Syawal 2011
 Gambar Raya terakhir dengan Arwah.. thn lepas x sempat nak snap gambar keluarga!
SALAM SYAWAL dr saya 
~ pzahkudin~